|
|
Proses pendidikan GST perlu berterusan
Awal tahun ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia menetapkan sasaran 300,000 syarikat akan mendaftar dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjelang tarikh akhir 31 Disember 2014.
Pendaftaran bermula perlahan dan menjelang minggu pertama Ogos hanya berjumlah 10,000 syarikat.
Ada yang mengatakan bahawa permulaan perlahan itu dipengaruhi oleh perkembangan tidak menentu dalam kalangan komuniti perniagaan.
GST, bagaimanapun sudah diumumkan sebagai sesuatu yang 'pasti dibuat' oleh kerajaan terdahulu dan hanya ditangguhkan sementara sebelum ini.
Kelihatannya, syarikat menunggu untuk mendapatkan kesahihan. Namun, ada beberapa faktor yang perlu diusahakan juga.
Sebagai contoh, proses pendaftaran bukanlah perkara yang mudah. Syarikat perlu mengetahui apa dan bagaimana mereka patut mendaftar.
Mereka perlu menimbang sama ada berdaftar menggunakan tunai atau asas terakru bagi tujuan GST.
Patutkah mereka mendaftar secara bulanan atau setiap suku tahun? Perlukan mereka berdaftar secara berkumpulan? Mestikan mereka berdaftar jika langsung tidak diperlukan berbuat demikian di bawah undang-undang?
Bagi menjawab soalan berkenaan, satu pemahaman lebih mendalam mengenai implikasi setiap pilihan dalam perniagaan yang diperlukan.
CPA Australia baru-baru ini mengadakan dua kaji selidik berasingan namun berkaitan yang menyediakan pandangan mengenai bagaimana syarikat besar dan ahli perniagaan kecil bersiap sedia untuk GST.
Hasil kajian mendapati, syarikat lebih besar melakukan lebih banyak persediaan untuk GST dan lebih cenderung melaksanakan aktiviti sedemikian berbanding syarikat kecil.
Kelihatannya juga kebanyakan syarikat di Malaysia berada dalam landasan untuk bersedia menjelang 1 April 2015.
Selain itu, kajian mendapati, semakin besar jumlah kakitangan bagi sesebuah syarikat kecil, maka lebih besar kemungkinan mereka melapor mengambil tindakan persediaan untuk GST.
Terlalu pesimis
Bagaimanapun, syarikat yang ditubuhkan kurang daripada lima tahun berkemungkinan kurang membuat langkah persediaan GST berbanding syarikat yang sudah ditubuhkan lebih lama.
Syarikat yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi RM600,000 berkemungkinan mengambil tindakan persediaan GST berbanding syarikat dengan pendapatan kurang RM600,000.
Ini tidaklah mengejutkan kerana pendaftaran hanya diwajibkan kepada syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM600,000.
Syarikat juga lebih berkemungkinan menjangkakan GST akan membataskan pertumbuhan pada tahun 2015, berbanding yang menjangkakan GST dapat membantu perniagaan mereka berkembang.
Bagaimanapun, pada pandangan saya ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, mereka berkemungkinan bersikap terlalu pesimis.
Adalah satu pencapaian apabila kira-kira 150,000 syarikat sudah berdaftar untuk GST.
Namun demikian, seperti yang ditunjukkan oleh hasil kaji selidik dan pungutan suara CPA Australia, jalannya masih panjang bagi kebanyakan syarikat untuk bersedia pada masanya.
Tarikh tutup pendaftaran semakin hampir.
Proses berterusan
Kastam perlu meneruskan usaha, begitu juga pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan proses pendidikan berterusan dan bantuan disediakan kepada syarikat yang memerlukan.
Malah saya yakin, banyak syarikat yang memerlukan bantuan.
Diperolehi daripada Berita Harian

Saham MAS digantung sebagai sebahagian penstrukturan semula
KUALA LUMPUR: Malaysian Airline System Bhd (MAS) menggantung sahamnya di Bursa Malaysia hari ini susulan pelan pemulihan bagi syarikat penerbangan nasional itu.
MAS mengumumkan dagangan akan digantung mulai hari ini, tiga hari sebelum tarikh kelayakan bagi pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilihnya (SCR).
"Di bawah SCR, pemegang saham biasa MAS, selain Khazanah Nasional Bhd, yang namanya tercatat pada rekod pendeposit syarikat setakat pada 5 petang pada 19 Disember, akan layak untuk menerima amaun tunai 27 sen bagi setiap saham MAS," menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan kepada bursa tempatan.
MAS berkata pembayaran balik modal dijangka dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh kelayakan. Dagangan saham itu dihentikan sehingga selesai SCR dan penyahsenaraian seterusnya MAS daripada senarai rasmi Bursa Malaysia, katanya. Saham MAS diniagakan kali terakhir pada Jumaat, 12 Disember, ditutup turun setengah sen kepada 26.5 sen dengan 70.914 juta saham diniagakan. Khazanah Nasional, cabang pelaburan kerajaan dan pemegang saham tunggal terbesar dalam MAS, mengambil alih pucuk pimpinan syarikat itu dengan tujuan memulihkan syarikat penerbangan nasional itu menerusi penstrukturan semula korporat, termasuk diswastakan dan menubuhkan sebuah entiti baharu dikenali Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).
Khazanah turut melantik Christoph R Mueller sebagai bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MAS NewCo, berkuat kuasa 1 Januari depan. - BERNAMA

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim bakal ubah Kedah jadi negeri industri
SHAH ALAM: Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dilihat bakal mengubah landskap ekonomi negeri Kedah, daripada negeri yang berorientasikan pertanian kepada sebuah negeri industri.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kerajaan negeri juga merancang membangunkan beberapa kawasan di negeri itu sebagai taman teknologi dan perindustrian.
"Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Bandar Baharu untuk dibangunkan sebagai 'Kedah Medical City' bagi menempatkan pelbagai industri berkaitan perubatan di satu kawasan.
"Selain itu, kawasan berhampiran cadangan tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim pula akan dibangunkan dengan industri 'aerocity' bagi menghimpunkan semua industri berkaitan penerbangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan santai bersama kira-kira 300pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berasal dari Kedah, di sini, malam tadi.
Justeru, beliau menasihati para pelajar, terutama yang berasal dari Kedah, supaya bersedia dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk memanfaatkan peluang pekerjaan yang tersedia kelak.
Kerajaan Kedah bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di kawasan seluas kira-kira 6,000 hektar di Kulim, membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.6 bilion.
Kementerian Pengangkutan masih mengkaji cadangan pembinaan lapangan terbang berkenaan.